"Abang ni, pakai tu elok-elok la sikit," kata Na(sebenar salina) lembut sambil membetulkan pakaian hairi. hairi tersenyum memandang isterinya."Cantik isteri abang hari ni," hairi mencubit pipi Na lembut. "Ayah, ayah, cepat la yah," Farah dan Adi meluru masuk ke bilik kerana dah tak sabar-sabar nak bertolak pulang ke kampung. "Yelah, yelah, ayah dah siap ni." Na hanya tersenyum melihat suaminya itu melayan karenah anak-anak mereka yang comel dan manja. "Abang, dah lama kita tak balik kampung macam ni, ye?" "Iyelah, maklumlah abang ni sibuk dengan urusan perniagaan. Baru kali ni abang ada peluang untuk cuti panjang." Hairi berkata kepada isterinya tercinta.
Perjalanan daripada KL ke Tangkak mengambil masa lebih kurang empat jam. Farah dan Adi dah pun terlelap kat kerusi belakang. Begitu juga dengan isterinya, Na. "Tak sabar rasanya nak tiba kat kampung," hairi berkata dalam hati.
Sedikit demi sedikit hairi menekan minyak keretanya. Semakin lama keretanya semakin laju dan hairi semakin seronok. hairi dah tak sabar untuk segera sampai ke kampungnya. Pedal minyak ditekannya lagi dan Honda Civicnya mula memecut.hairi cilok kiri, cilok kanan. Habis semua kenderaan dipotongnya. Bangga betul hairi masa tu. Terlupa dia sekejap pada anak dan isterinya yang sedang tidur.
"Eh abang, kenapa bawa laju sangat ni?" tiba-tiba Na terjaga dari tidurnya."Tak ada apa la sayang, rileks...cepat sikit kita sampai kampung nanti." "Sabar bang, sabar. Biar lambat tak apa....jangan laju sangat bang,20 Na takut." Na cuba memujuk hairi supaya memperlahankan kenderaannya. "Rileks Na ?tak ada apa-apa," hairi terus memotong bas ekspres di depannya tanpa was-was.
"Haaa..kan, tengok. Tak ada apa-apa kan?" kata hairi setelah berjaya memotong bas ekspres tadi. "Sudah la tu bang." "Ha... tu ada satu lagi bas ekspres. Na tengok abang motong dia aaa...." Hairi terus masuk gear 3, pedal minyak ditekannya hingga jejak ke lantai.
hairi terus membelok ke kanan untuk memotong dan ....di depannya tersergam sebuah lori balak yang besar dan gagah dan..... BANG!!
"hairi....bangun Sin," sayup-sayup terdengar suara emaknya. hairi membuka matanya. Dia terlihat emaknya di situ. "Mana Na mak? Macammana dengan Na mak? Farah, Adi....mana anak-anak saya mak?" Bertubi-tubi hairi menyoal emaknya. hairi tak dapat menahan kesedihannya lagi. hairi menangis semahu-mahunya di depan emaknya.
Emaknya memandang hairi tepat-tepat. "Macamana dengan isteri hairi mak, Na?" hairi masih terus menangis.
PANGGG!!
Kepala Hairi yang botak itu ditampar oleh emaknya dengan tiba-tiba. hairi terdiam. Kenapa emaknya buat dia macam tu? "Banyak la engkau punya isteri! Keja pun pemalas ada hati nak berbini. Tu la, tidur lagi senja-senja macam ni! Dah! Bangun pegi sembahyang!" emaknya terus merungut sambil berlalu keluar....
...Dan Hairi tersengih keseorangan. Rasa macam nak masuk dalam tin biskut! Malu beb!!
Sekian.
Moral: Pandulah dengan berhati-hati walaupun di dalam mimpi Dipetik dari majalah UJANG.......
No comments:
Post a Comment