Pagi ini saya berkesempatan menyelak harian metro.. MCD sudah mula mengambil langkah dengan menyiarkan iklan demi menyelamatkan “JUALAN” mereka dari terjunam teruk..
ingat tak lagi sewaktu Israel menyerang Palestine suatu ketika dahulu..dan kita semua pakat2 nak boikot itu dan ini..
dan dari cakap2 org, MCD dan TESCO adalah antara yang jualannya merosot teruk akibat daripada perbuatan boikot warga Malaysia.. dan selepas serangan itu kembali reda, tindakan boikot itu makin lama makin hilang…
Dan kini, apabila banyak pihak sudah mengambil langkah dan melaung-laungkan langkah BOIKOT, MCD terlebih awal mengambil langkah dengan mengiklan kan di akhbar2 melayu “MENJALANKAN TANGGUNGJAWAB KAMI DEMI MALAYSIA”….itu antara iklan MCD yang mula cuba meraih simpati warga Malaysia agar produk mereka tidak diboikot dalam erti kata tersirat. Nampak sangat yang mereka sudah mula tertekan..
Sebagai warga Malaysia, dan di atas nama kemanan manusia sejagat, kita wajib memboikot produk2 sekutu Israel ini dari terus menguasai pasaran di Malaysia..banyak lagi barangan buatan Malaysia yang patut diketengahkan. .di sini kita perlu bijak untuk memilih dan mengurangkan kebergantungan kita pada produk2 luar..
Mungkin agak sukar bagi kita yang sudah terbiasa dengan membeli barangan mereka. Hampir setiap barangan di rumah sudah pasti ada barangan ‘mereka’.. tapi kita perlu melatih diri sedikit demi sedikit, dan belajar untuk tidak terlalu bergantung pada produk2 luar ini..
Mungkin ada pihak yang memandang sinis dengan usaha ini..bagaimana pula nasib beribu orang yang bekerja di syarikat2 asing ini??? Tepuk dada tanyalah hati…rezeki ada dimana2..janganlah perkara sebegini dijadikan alasan untuk melemahkan semangat kita memperjuangkan nasib ribuan mangsa yang terkorban..ingatlah , setiap sen yang kita laburkan pada jualan mereka itu, sedikit sebanyak membantu membunuh puluhan ribu lagi manusia yang berada di sana…
hari ini hari mereka, entah esok lupa kita pulak...jangan lupa jiran kita di selatan tu sekutu Israel jahanam..
No comments:
Post a Comment