Wednesday, August 11, 2010

marhaban ya ramadan

          Hari ni 11 Ogos 2010 bersamaan 1 Ramadan 1431 Hijrah. Pada bulan ini setahun lalu, aku hilang upaya berfikir dengan waras. besar sungguh dugaan yang tuhan turunkan dan aku tidak mampu menghadapinya sendirian.


          Namun alhamdulillah sewaktu bernafas tenggelam timbul di dalam lumpur aku masih mampu mengingatiNya. lalu aku kumpulkan semua kekuatan yang masih tersisa dan menjuruskan semua tenaga itu untuk memohon ampun padaNya.


ampun atas segala keterlanjuran.
ampun atas segala ketidaksengajaan.
ampun atas segala yang ketersengajakan.
ampun atas ketidakwarasan
ampun atas segala galanya.


Dan sesungguhnya siapa yang menduga bahawa ratapanku, pengharapanku, dibalas dengan kejernihan fikiran, dan ketenangan hati.
terasa seluruh dunia hanyalah dunia.
seluruh keluarga adalah sahamku di akhirat.
kebaikan dari mereka adalah dividen bonusku di sana.
seluruh akhirat menjadi tumpuanku.
benar kata rasulullah, mengingati mati itu perlu.
mengingati mati menyedarkan kita akan taraf kita disisiNya.
mengingati mati meringankan beban fikiranku.
mengingati mati menjadikan urusan duniaku lebih terurus.

tak percaya?
percayalah.

aku mulai ramadan dengan bertaubat
aku isikan dengan memohon keampunan
aku mohon disuluh dengan cahaya taufik
cahaya hidayah
cahaya kebenaran

kuisikan dengan solat sunat
semata2 sujud 
mengharapkan keredaannya


kebaikan
kebenaran
 beransur ansur datang
tanpa kusedari.




Ramadan datang lagi.
hanya itu yang kuinginkan.
kekuatan untuk bertemuNya lagi
dengan suasana yang lebih intim dan privacy
hanya aku dan Dia.
dan mengharap bertemu 
keajaiban Lailatul Qadar.




JOM SAMA SAMA KITA.....

No comments:

Post a Comment