TEPUNG TALAM
Bahan-bahan ( Dalam 10 orang makan )
- BAHAN A: bhgn bwh
- Tepung beras dan 3 sudu besar penuh tepung gandum -jadikan 1 cawan.
- Gula merah 150 grm,2 1/2 sudu besar gula putih, 2 cawan air dan sehelai daun pandan - dimasak sehingga mendidih-sejukkan.(ukuran gula kurang manis-tambahkan gula kalau nak manis).
- Secalit kapur- bekas2 sahaja (jangan banyak sebab adunan akan menjadi keras).
- Campur kesemua bahan sehingga sebati - tapiskan.(ukuran 1 cwn tepung dan 2 cawan air gula).
- BAHAN B: bhgn atas
- 1 kotak santan (cap ayam)-dicampur dgn air-jadikan 1 1/2 cawan.
- Tepung beras 1/3 cawan -(2 1/2 sudu besar).
- Garam secukup rasa.
- Campur kesemua bahan sehingga sebati - tapiskan.
TEPUNG TALAM
Cara-cara
- Panaskan pengukus.
- Loyang digris dgn sedikit minyak.Masukkan bahan A.Dikukus 30 minit.
- Lepas 30 minit, jika adunan dah masak tapi ada air kukusan diatasnya. pedapkan dengan tisu(kitchen towel). Lorekkan dengan garfu supaya adunan atas boleh melekat.
- Masukkan bahan B keatas bahan A dengan perlahan2.(kacau sedikit adunan B sebelum dituang).Kukus selama 30 minit lagi.
- Apabila adunan dah masak tapi masih ada air kukusan.Pedapkan lah dengan kitchen towel ok.
- Disejukkan kuih ini terlebih dahulu sebelum dipotong.
No comments:
Post a Comment