Monday, July 4, 2011

ANAK

minggu lepas adalah minggu yg cukup sibuk untuk aku dan rasanya utk org2 lain jugak.

sibuk sebagai pekerja yg harus berdepan dgn parents yg cukup kuatirkan pencapaian akademik anak2 mereka.
sibuk sebagai parents yg memang kuatirkan pencapaian akademik anak2ku .
sibuk sebagai ibu yg tak cukup kakitgn dan tenaga utk menyiapkan keperluan anak n suami di rumah kerana kesibukan sebagai pekerja n parents....

dan di dalam kesibukan itu aku cuba luangkan masa utk berfikir.
kekhilafan dlm pelbagai perkara.

memikirkan tentang anak daraku yg hilang karakter terpujinya;

dia yg dianggap permata oleh bukan sahaja suamiku tetapi kaum keluarga terdekat semakin hilang kilauannya.
dia yg sangat vokal dlm mengekspresi diri, semakin lupa batasan sejauh mana suara itu blh diperdengarkan.
dia yg sangat membanggakan aku kerana keberaniannya mengekspresikan perasaannya, menjadi sangat terluka dengan tingkahnya yg mendahului kedewasaannya.
dia sangat rapat dengan keluarga semakin merenggangkan diri kerana semakin lemas dengan keeratan keluarga.

amira sofea an nur, ketahui lah kamu,  aku ibumu sangat menyayangimu.
aku sangat rindukan kamu yang dulu.
yang meletakkan keperibadian dan ketrampilan mendahului keseronokan duniawi.
yang mendepani masalah dan bukan lari darinya.

sementara usiaku masih ada aku akan terus berdoa untuk kesejahteraanmu dan
berharap aku berpeluang melihatmu hidup bahagia, sejahtera dan selamat dunia akhirat.



No comments:

Post a Comment